malam semakin tua.jalan raya yang selalunya sesak dengan simpang siurkereta mulai lenggang.Cahaya bulan menyimbah terang.Al-banna pulang agak lewat pada malam itu.Kesibukanya berkhidmat untuk agama menjadikannya pekerja 24 jam.Kesungguhanya amat menakjubkan.Elya Khadeeja setia menanti sehingga tertidur di ruang tamu.Apabila mendengar deruan enjin kereta memasuki perkarangan rumah,dia pantas bangun membasuh muka untuk menyambut suaminya dengan senyuman yang paling manis dan lembut.
maafkan abang,abang.......Al-banna mencium isterinya.
tak apa bang.Abang penat kan? "tak perlu nak jelaskan apa-apa sekrang ni.Elya faham,abang balik lambat sebab abg manfaatkan masa abg untuk Islam.Elya tak kisah malah Elya sentiasa doakan kita istiqamah menyibukkan diri untuk islam hingga akhir hayat kita.".Elya Khadeeja menyambut beg suaminya.Al-banna tersenyum lantaran terhibur dengan kalimah yang meniti di bibir isteri tercinta.Setelah selesai Banna menukar pakaian dan berwudhuk..Al-banna berkata....
"elya,;eya tidur dulu ya,abang nak ke bilik komputer.abg kena siapkan sikit lagi tesis abg"
"kalau mcm tu elya pon nak bawa laptop elya ke ruang tamu.Kita siapkan tesis sama2 ya,tapi tak boleh lama sgt tau,nnti kita tak sempat nak tahajjud"elya khadeeja mengingatkan.Al-banna tambah terhibur.Isteri sgt memahami.Rumah tangga mereka mereiah dengan suasana saling ingat memperingati.Pasangan itu menuju ke ruang tamu.Elya khadeeja menyediakan dua gugus anggur dan dua cawan susu di tepi komputer.
abang!tadi yusra telefon,katanya hujung minggu ni ada family day dan reunion dengan kawan-kawan lama kt port dickson.
"amar dah sms abg.insyallah nanti kita p.beritahu banna
sambil menyiapkan kerja,sesekali mereka berbual,seorang di bilik komputer,seorang lagi di ruang tamu.Berhampiran sahaja.Sedang masing2 tekun menaip,tiba2 muncul putera merka berjalan dalam keadaan mamai dan terhuyung-hayang kerana dalam keadaan separuh sedar.
"ummi,jgn makan kt ruang tamu,makan kt dapur je"ungkap hero mereka itu kemudian terus masuk ke dalam bilik menyambung dengkur.Al-Banna dan Elya Khadeeja ketawa kecil.
'insaf Elya dibuatnya,dimana2 pun dan waktu bila pun,kita sentiasa diperhati rupanya.Kalau tidak oleh manusia.Oleh Allah pastinya'
"abg pun mengambil pengajaran.kalau kita nak ajar anak-anak istiqamah,kita kena terlebih dahulu istiqamah dengan arahan yang kita berikan,walaupun perkara itu remeh tapi dalam proses nak didik anak-anak,kita pon kena displin sama.mungkin Allah sedang tegur kita"
tepat pukul 5 pagi,jam loceng berdering .jam loceng pada telefon bimbit juga berbunyi.Bingit........Mariah Qibtiyyah terjaga dari tidurnya.Dia tidur di ats katil khas sebilik dgn abi dan ummi.pernah dia di ajar tidur dengan kakaknya tapi masih belum berjaya.Dia menangis enggan.Ummi dan abi meraikan keengananya.Lagipun,dia masih kecil.
Mariyah terkebil2 sendirian.Didapati abi dan ummi tidak terjaga dengan bunyi jam tersebut.Biasanya ummi dan abi akan bangun dan menunaikan solat.Mariah selalunya akan menyertai mereka,cuma aktivitinya berbeza.kadangkala dia menyambung tidur diatas tengkuk mereka ketika sujud.Mata Mariyah masih tertumpu kepada ummi dan abi yang nyenyak tidur.Elya kahdeeja dan al-banna baru sahaja diulit mimpi setengah jam yang lalu.
Mariyah berjalan seorang diri ke dapur.dia membuka peti sejuk.
"mariyah nak masak untuk umi dan abi"katanya pada diri sendiri.sebiji tomato diambil lalu disusun diatas lantai.Lobak pula diambil dan disusun sebaris dengan tomto,membentuk bulatan.Begitu juga,sawi,kobis,pisang,epal,anggur,ikan dan daging semuanya disusun diatas lantai.Selepas itu,sos cili diambil,dibuka tudungnya dan dituang ke atas semua barang-barang yang telah disusun.kicap,susu,madu dan cuka turut dilakukan sedemikian.Selang beberaapa ketika,dia mula berenang di dalam acuanya sambil ketawa riang.Habis comot badanya.
abang,bangun bang!!!dah nak masuk subuh ni,Elya khadeeja tersedar jua kerana bendengar suara mariyah.Elya khadeeja mengejutkan suaminya untuk bertahajjud.Suaminya bangun dengan cergas.Udara pagi dihirup sedalam-dalamnya.Biarpun sekejap cuma menikmati tidur,kepuasan cukup terasa.Itulah tidur yang berkat kurniaan Ilahi.
mana mariyah?sempat al-banna bertanya sebelum mereka sama-sama menuju ke dapur.
Sebaik sahaja tiba didapur,mereka terpaku seketika melihat telatah puteri bongsu mereka.dalam keletihan,Elya cuba mengawal emosinya ketika itu.
dia sedang belajar kan bang?ungkap elya,cuba memahami psikologi anaknya.
al-banna tersenyum,elya turut tersenyum,si kecil ini tidak patut dimarahi kerana dia dalam proses belajar dari apa yang cuba dilakukanya.jika dimarahi,si kecil menjadi seorang yang takut mencuba,hilang keyakinan diri dan kurang daya kreativiti.Marah biarlah bertempat dan boleh mendidiknya.Al-Banna menyerahkan hal itu kepada isterinya.Dia bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk.
syg,syg buat apa ni?elya melunakan suara.
buat kuih,jawab mariyah manja.
pandai anak ummi,mmm,lantai ni kotor kan?kotor sifat syaitan,Allah tak suka benda kotor.Kenaapa syg buat kuih kt tempat kotor?persoalan ummi membuatkan Mariyah diam berfikir.
ummi,mariyah nak mandi.Barang2 ni pun nak mandi sekali.lpas dah tak kotor,mariyah nak susun balik dalam peti.
subhanallah.bijak anak ummi........